Jumaat, 29 April 2011
Jumaat, 22 April 2011
Keruntuhan Akhlak Remaja Melayu Beragama Islam
Keruntuhan Akhlak Remaja Melayu Beragama Islam.
Pagi tadi saya ke kedai gambar untuk mencetak gambar-gambar yang diambil melalui kamera digital saya.
Saya adalah pelanggan berkala di kedai berkenaan dan mengenali pemiliknya iaitu seorang berbangsa Cina. Dia fasih berbahasa Melayu.
Dalam perbualan biasa kami, timbul satu isu yang pernah ditimbulkan kepada saya sedikit masa dulu apabila saya mengunjungi kedai tersebut.
Kali ini saya pergi dengan isteri saya. Sebelum menimbulkan isu tersebut dia telah bertanya kepada saya sama ada yang datang ke kedai dengan saya tempoh hari itu adakah anak saya.
Saya maklumkan kepada dia bahawa itu anak lelaki bongsu saya. Lalu dia berkata bahawa anak saya pandai berbudi bahasa. Maka di situlah bermulanya dia menimbulkan isu di atas.
Sepertimana yang pernah diceritakan kepada saya terdahulu daripada ini bahawa dia berasa sangat sedih meliha apa yang berlaku di Taman Tasik Titiwangsa(TTT) pada setiap pagi terutama di hujung minggu.
Adalah amalan pemilik kedai ini pergi ke TTT setiap pagi sebelum (jam 4:00 atau 4:30 pagi) subuh untuk berjoging. Apa yang dilihatnya adalah ramai pasangan remaja Melayu duduk melepak di sana malakukan perkara maksiat kecil hingga ke maksiat besar.
Kali pertama dia mengunjungi TTT dia tidak percaya perkara ini boleh berlaku tetapi buat kali ke dua dan ketiga barulah dia sedar bahawa perlakuan maksiat ini rupa-rupanya berlaku setiap malam hingga ke pagi. Maka sekarang tidak menjadi perkara yang menghairankan baginya lagi. Dia menekankan bahawa yang melakukannya bukan bangsa Cina dan bukan bangsa India tetapi sudah jelas remaja-remajanya adalah bangsa Melayu.
Saya bagaikan tidak mahu percaya dan meminta dia mengulangi kembali penekanan beliau. Lalu dia berkata “Kalau abang tidak percaya mari ikut saya bila-bila abang ada kelapangan”.
Dia meneruskan ceritanya dengan menyatakan apa jenis maksiat-maksiat ( tak perlu diceritakan di sini) yang dilakukan oleh remaja Melayu di sana. Ada beberapa ketika bahawa remaja-remaja yang melakukan maksiat tersebut tidak lagi mengindahkan orang yang lalu lalang berjoging si situ kerana merasakan bahawa mereka tidak akan diganggu dalam mencari kenikmatan dunia.
Saya merasa agak malu dengan pemilik kedai ini apa bila dia menekankan bahawa yang melakukan perkara maksiat ini adalah anak-anak Melayu yang beragama Islam.
Persoalan? Benarkah pengakuan pemilik kedai gambar ini? Pernahkah sesiapa yang pergi ke sana se awal itu untuk bersenam dan berjoging melihat apa yang dikisahkan oleh pemilik kedai gambar ini?
Jika ianya benar maka saya tidak terkejut kerana cerita-cerita sebegini pernah di ceritakan berlaku pada malam-malam yang diadakan acara konsert, hari kemerdekaan dan sambutan berbagai acara yang mengundang kunjungan orang ramai.
Persoalan? Apakah perkara kemaksiatan selama ini tidak diketahui oleh pihak berwajib dan pihak berkuasa? Bagaimana dengan agensi kerajaan seperti JAWI dan JAKIM? Tidak adakah unit pencegah maksiat bagi maksiat yang dilakukan secara terbuka dan berleluasa ini?
Perlakuan maksiat terbuka ini adalah jauh lebih jijik dan hina daripada maksiat yang dilakukan secara tersembunyi? Ianya menjatuhkan imej orang Melayu dan Islam. Di mana letaknya Islam Hadari yang ditaja oleh kerajaan di seluruh negara melalui media cetak dan elektronik? Sudahkah ianya memberi kesan yang diharapkan?
Kita sudah lihat betapa banyaknya kesan buruk natijah daripada perlakuan maksiat sebegini seperti buang anak, bohsia dan sebagainya. Bila lagi pihak berkuasa hendak ambil tindakan yang sewajarnya?

Khamis, 21 April 2011
HADIAH UNTUK KEKASIH......
Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo.
Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.
Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu Seluar Dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah TERTUKAR kotak topi kain hitam tu dengan Seluar Dalam Hitam adik Hasan Jendul! Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu.Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu (Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);
"Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat. Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada
bunga tu nampak cantik pulak.San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je.Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku,Mek Ayu.Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu,
Hasan Jendul
P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan
melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut."
JENG JENG JENG..cam ammmpehhhh

Rabu, 20 April 2011
DALIL POLITIK ISLAM....
Dalil Politik Islam
Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :
| “ | "Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) | ” |
Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :
| “ | "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani) | ” |
[sunting]Pemikiran politik Islam
Islam merupakan agama yang paling kaya dengan pemikiran politik. Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan. Tapi keragaman khazanah pemikiran politik Islam itu boleh dikatakan bermula pada pemikiran tentang hubungan agama dan negara.
Bolehlah kita katakan pemikiran para pemikir Islam yang menginginkan pemisahan Islam dan politik sebagai pemikiran politik Islam dan pemikiran yang menghendaki penyatuan Islam dan politik sebagai pemikiran Islam politik. Ini kerana, ketika sejak Revolusi Perancis agama Kristien relatif telah selesai membahas hubungan gereja dan negara iaitu bahawa gereja harus terpisah dari negara. Namun begitu, Islam masih lagi tetap pada persoalan yang satu iaitu penyatuan Islam dan politik sejak zaman Nabi hingga zaman kini.[1]
[sunting]Gerakan politik Islam
Islam sebagai gerakan politik mempunyai sebuah ciri beraneka yang pada berlainan waktu menginkorporasikan elemen-elemen banyak gerakan politik lain, sementara pada waktu yang sama menggunakan pandangan-pandangan keagamaan fundamentalisme Islam, terutamanya pandangan Islamsebagai agama politik.
Suatu tema yang umum pada abad ke-20 adalah pertentangan terhadap perselisihan kaum, kolonialisme danimperialisme, dalam pembentukan Empayar Turki Uthmaniyyah dan Empayar British (walaupun Empayar Uthmaniyyah itu sendiri adalah gerakan politik Islam). Akhirnya sosialisme sebagai suatu viable alternative dengan akhirnya Kesatuan Soviet dan Perang Dingin telah menambahkan appeal gerakan revolusi Islam, terutamanya dalam konteks rejim tidak-demokrasi dan korupsi sepanjang dunia Islam. Islamisme membesar sebagai reaksi pada trend-trend ini, dan sebagai suatu desire untuk membentukkan sebuah kerajaan berasaskan rukun-rukun Islam.
Pada jelasnya, skop politik Islam adalah sangat lebar ia mengencompass apa-apa jenis gerakan revolusi atau parti di mana-mana negara Islam. Invariably, ia bermakna bahawa ia menyampurkan sekali such a variety of gerakan nasionalis, Marxisme dan perkauman yang ia tidak ada lagi kandungan ideologi yang benar. Ciri-ciri satunya beristilah yang ia ada adalah nasionalisme dalam sebuah konteks Islam; tetapi ini dijelaskan secara sedikit. Walaubagaimanapun, dalam kitab al-Quran, tiada apa yang menyatakan bahawa Politik perlu digunakan untuk menubuhkan Islam. Jadi, ia mungkin adalah suatu benda yang bahaya dari pemandangan Islam bahawa seorang mengaplaikan Islam untuk mendapatkan kelebihan politik.
Selasa, 19 April 2011
JANGAN LA BERSEDIH......................
JANGAN LA BERSEDIH.............. Laa tahzan innallaha ma’anaa, Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS. at-Taubah: 40)”
Kesedihan dan kekhawatiran terhadap sesuatu sering singgah dalam hati setiap manusia. Khawatir tentang masa depan, sedih karena dilanda kesulitan, cemas akan keselamatan, dan sebagainya. Orang yang memiliki hati yang lemah, maka akan terus dihantui perasaan cemas, khawatir, dan ketakutan menghadapi sesuatu yang belum terjadi.
Namun, jika kita menyadari bahwa hidup ini kita tidak sendiri, ada Allah yang selalu menyertai setiap langkah umat-Nya, maka segala sesuatu tak perlu dicemaskan. Kita harusa yakin, bahwa Allah selalu bersama kita. Kasih sayang Allah dan ayat-ayat mulia dalam Kitab-Nya bukanlah sesuatu yang patut diragukan.
Dengan bersandar sepenuhnya hanya kepada Allah maka setiap kesedihan akan sirna. Allah Maha Memperhatikan, senantiasa mengulurkan pertolongan, dan mengganti penderitaan dengan kebahagiaan.
CINTA ALLAH TIDAK MENGHAMPAKAN....
ALLAH SWT yg memberikan saya kekuatan hati,kalo x ingat bahawa ALLAH SWT yg menghapuskan segala resah,duka,nestapa,kesakitan,kesengsaraan,derita dan kesedihan,saya tidak mgkin dapat tersenyum seperti sekarang.akhirnya,saya dapat menyimpulkan,cintai ALLAH SWT sebelum kamu mencintai hamba-Nya.janganlah beredih jika kamu dikianati.jgn lah bersedih ketika kamu dibohongi.janganlah bersedih ketika kamu dilukai,kerana masih ada cinta yg kekal abadi.cinta yg tidak akan penah menghampakan mu,jugak tidak akan mengkianati,iaitu cinta kepada ilahi......
PERKAHWINAN DALAM ISLAM.......
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.
Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh
Sabda Rasulullah s.a.w
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH...
HIKMAH DI SEBLIK MUSIBAH....Ketentuan takdir mmg tdk dapat dielakkan.Apabila Allah mahu sesuatu itu pasti berlaku walaupun mungkin peristiwa yg menimpa manusia itu bersifat rahmat atau mala-petaka.Sebenarnya banyak hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu kerana hanya Allah yang mengatahui.Peristiwa yang berlaku itu boleh dtg dalam perbagai bentuk sama ada perpisahan dgn orang tercinta,kematian,gagal dlm peperiksaan,tiada rezeki mendapat anak atau harta,kesenangan dan kebahagian.Bukan semua peristiwa yang berlaku itu,walaupunterlalu pahit atau manis untuk ditelan oleh manusia,bermakna Allah menyayangi atau membenci kita.Ini keranaAllah sebenar-nya sentiasa bersifat Maha menyayangi dan Mengasihi hamba-nya.Apa yang di-terima itu sekadar dugaan Allah semata-mata kerana setiap manusia di dunia ini dijanjikan dalam al-Quran tidak akan terlepas daripada ujian dan cabaran hidup.Seandainya ditakdirkan seseorang itu mengalami perpisahan atau kematian dengan orang tercinta,pasti ada hikmah tersembunyi.Ini kerana jika difikirkan semula,mungkin perpisahan itu boleh memberi sinar dan harapan baru kepadanya untuk memulakan hidup.Justeru, manusia wajar merenung kembali apa yang pernah dilakukan dan mengapa perkara itu berlaku supaya ia dapat menjadi panduan kepada mereka untuk tidak mengulangi kesilapan sama
Islam Dan Pengurusan Bencana Alam................
Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Bencana alam telah berlaku di muka bumi ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Namun, kejadian ini akan hanya dikenali sebagai bencana hanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa manusia. Walaupun bencana yang datang meninggalkan kesan yang menggerunkan namun amat penting dan menarik bagi kita mengetahui dan mempelajarinya.
Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat dari campur tangan manusia. Dalam kes-kes yang lainnya, kesan-kesan dari bencana alam meningkat intensitinya akibat tingkah-laku manusia di dalam alam ini.
Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi. Manakala, tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita semua lupakan.
Tragedi-tragedi alam ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini. Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" Ayat ini membuktikan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alamnya.
Oleh itu, umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak "mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Surah al-Baqarah, 2: 195). Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dan alam sangat rapat. Manusia yang memusnahkan alam boleh diibaratkan sebagai memusnahkan kehidupannya sendiri.
Sementara itu, dalam apa jua keadaan, manusia diarahkan untuk membuat persediaan, sama ada persediaan untuk menghadapi sesuatu yang buruk atau membuat persediaan untuk melakukan sesuatu yang baik. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. sering mengingatkan manusia untuk bersiap sedia. Ayat 71, surah An-Nisa' (4) menyatakan "bersedialah dan berjaga-jagalah" dan ini membuktikan bahawa membuat persediaan sebelum sesuatu berlaku atau sebelum melakukan sesuatu bukanlah satu perkara asing bagi Islam.
Di dalam al-Quran juga diceritakan tentang nasihat Nabi Yusuf kepada Raja Mesir. Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus serta melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Dengan itu, Nabi Yusuf a.s. mentafsirkan bahawa negeri Mesir bakal berhadapan dengan tujuh tahun musim kemarau. Oleh itu, rakyat Mesir diminta bersiap-sedia bercucuk tanam dengan bersungguh-sungguh selama tujuh tahun bagi menghadapi musim kemarau itu.
Dalam kisah di atas, persediaan yang rapi dilakukan bagi menghadapi bencana kemarau. Oleh itu, semasa musim kemarau tiba, mereka sudah mempunyai cukup makanan untuk berhadapan dengan bencana tersebut. Bukan itu sahaja, penduduk negeri tersebut juga telah menyimpan biji benih yang baik untuk� ditanam semula selepas musim kemarau berlalu. Lihatlah betapa persediaan merupakan sesuatu yang perlu dilakukan bagi menghadapi bencana.
Samalah halnya dengan usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana. Ini merupakan satu bentuk persediaan yang memang dituntut dalam Islam. Sistem ini akan membantu kita mengesan kemungkinan berlakunya bencana alam. Dalam kes bencana Tsunami, sistem tersebut boleh mengesan gegaran yang akan menyebabkan Tsunami berlaku. Sistem ini terdiri daripada unit-unit seismograf (alat pengesan gempa bumi), pengesan ombak dan alat DART. Alat DART inilah yang akan menilai dan melaporkan kewujudan dan intensiti ombak Tsunami selepas gempa bumi di lautan berlaku.
Pada ketika ini, sistem amaran ombak Tsunami di Lautan Pasifik telah terbukti berkesan menyampaikan maklumat berkaitan bencana ini. Misalnya di Jepun, sebelum pembinaan sistem ini, 14 kejadian Tsunami telah mengorbankan lebih 6000 orang di Jepun. Dengan pengenalan sistem ini, terdapat 20 kejadian Tsunami yang mengorbankan 215 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa sistem tersebut yang disokong sistem komunikasi yang cekap di negara-negara Lautan Pasifik memang berkemampuan memberikan maklumat yang betul berkenaan ombak Tsunami.
Oleh itu, peranan sistem komunikasi juga amat penting. Sistem amaran awal ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika jaringan komunikasi negara-negara di Lautan Hindi tidak cekap. Jaringan komunikasi ini penting bagi memastikan maklumat bencana dapat disampaikan secepat mungkin kepada negara-negara yang terlibat. Apalah gunanya sistem yang menelan belanja RM76 juta ini jika maklumat yang diperolehi itu tidak dapat disalurkan kepada negara-negara penerima bencana.
Dalam pada itu, pembangunan sistem amaran awal ini mesti disertakan dengan program kesedaran awam. Orang ramai mesti dididik dengan maklumat yang tepat berkenaan bencana ini. Mereka mesti disedarkan akan kemungkinan bahaya yang bakal mereka hadapi dan bagaimana hendak berhadapan dengan bahaya tersebut. Program kesedaran ini juga akan menyokong kejayaan sistem amaran awal yang bakal dibina kelak. Dengan program kesedaran dan pendidikan, orang ramai tahu bagaimana hendak bertindak dalam keadaan bencana yang melanda.
Kejayaan keseluruhan sistem ini harus dikaji secara menyeluruh. Jaringan komunikasi dan kesedaran awam memang penting. Seperkara lagi, usaha meningkatkan keyakinan awam akan bahaya Tsunami juga sangat kritikal. Di Hawaii, sistem amaran awal bencana Tsunami memang terbukti berkesan menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Selain itu, program kesedaran akan bahaya Tsunami juga telah dirancang dan diimplementasi dengan baik.
Walau bagaimanapun, menurut Dr. Walter Dudley dari University of Hawaii, program kesedaran yang dijalankan belum tentu dapat meyakinkan orang awam akan bahaya ombak Tsunami. Di Hilo, Hawaii, bencana Tsunami telah beberapa kali berlaku. Walaupun begitu, amaran Tsunami sering juga diabaikan kerana penduduknya tidak begitu yakin dengan amaran tersebut.
Ketidakyakinan ini timbul kerana terdapat beberapa kes di mana amaran yang dikeluarkan tidak begitu tepat. Di Hilo, pernah berlaku satu kes di mana amaran ombak Tsunami dikeluarkan tetapi ombak yang tiba hanyalah setinggi enam inci. Dalam kes ini, pengetahuan orang awam tidak disertai dengan keyakinan. Oleh itu, cabarannya adalah untuk meyakinkan bahawa bahaya ombak Tsunami benar-benar wujud dan boleh membawa kebinasaan.
Berdasarkan penjelasan di atas, terbukti bahawa kerajaan atau mana-mana agensi yang terlibat mempunyai tugas yang berat untuk menyediakan program kesedaran yang bermanfaat kepada semua pihak. Walau pun sukar, usaha itu mesti terus dijalankan. Jika tidak, sia-sialah pembinaan sistem amaran awal bencana yang bakal dibangunkan itu.
Perlu juga diingat bahawa pembinaan sistem amaran awal bencana ini bukanlah untuk melawan kuasa Ilahi. Ia hanyalah sekadar satu usaha untuk membuat persediaan terhadap kemungkinan tibanya bencana. Ini samalah juga dengan usaha seseorang untuk mencegah penyakit sebelum penyakit itu datang. Dengan persediaan itu, kita akan lebih bersedia, tabah dan sanggup menerima dugaan yang Allah s.w.t. berikan.
Pun begitu, kita akur bahawa usaha mengesan bencana dengan lebih awal bukan satu jaminan kita akan bebas dari bencana tersebut. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzaab (33), ayat 17 yang bermaksud, "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka".
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa tiada apa pun yang dapat menahan bencana dari berlaku. Walau bagaimana pun, manusia masih perlu berusaha untuk mengelak atau mengurangkan kesan bencana alam tersebut. Oleh kerana itu, usaha untuk membangunkan satu sistem amaran awal bencana Tsunami di negara ini amat dialu-alukan. Walaupun sistem ini tidak dapat menghalang bencana tsunami namun terbukti system tersebut dapat meminimumkan kesan bencana Tsunami kepada manusia.
Di dalam alam ini, manusia sungguh �kerdil�. Sekali alam bertindak manusia pasti tidak dapat mengelak. Lebih-lebih lagi jika manusia itu leka dan alpa. Oleh itu, insaf dan ambillah iktibar dari bencana yang telah berlaku serta berusahalah untuk lebih berhemah dalam segala urusan di muka bumi ini.
Langgan:
Ulasan (Atom)