Selasa, 19 April 2011
HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH...
HIKMAH DI SEBLIK MUSIBAH....Ketentuan takdir mmg tdk dapat dielakkan.Apabila Allah mahu sesuatu itu pasti berlaku walaupun mungkin peristiwa yg menimpa manusia itu bersifat rahmat atau mala-petaka.Sebenarnya banyak hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu kerana hanya Allah yang mengatahui.Peristiwa yang berlaku itu boleh dtg dalam perbagai bentuk sama ada perpisahan dgn orang tercinta,kematian,gagal dlm peperiksaan,tiada rezeki mendapat anak atau harta,kesenangan dan kebahagian.Bukan semua peristiwa yang berlaku itu,walaupunterlalu pahit atau manis untuk ditelan oleh manusia,bermakna Allah menyayangi atau membenci kita.Ini keranaAllah sebenar-nya sentiasa bersifat Maha menyayangi dan Mengasihi hamba-nya.Apa yang di-terima itu sekadar dugaan Allah semata-mata kerana setiap manusia di dunia ini dijanjikan dalam al-Quran tidak akan terlepas daripada ujian dan cabaran hidup.Seandainya ditakdirkan seseorang itu mengalami perpisahan atau kematian dengan orang tercinta,pasti ada hikmah tersembunyi.Ini kerana jika difikirkan semula,mungkin perpisahan itu boleh memberi sinar dan harapan baru kepadanya untuk memulakan hidup.Justeru, manusia wajar merenung kembali apa yang pernah dilakukan dan mengapa perkara itu berlaku supaya ia dapat menjadi panduan kepada mereka untuk tidak mengulangi kesilapan sama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan